DATO' HAJI ISMAIL BIN YUSUFF

datoismail.jpg (10020 bytes)

 

    Beliau merupakan tokoh kedua paling singkat memegang jawatan Mufti selepas Haji Wan Ishak. Beliau ditakdirkan lebih lama memegang jawatan Timbalan Mufti ( mulai 15 Oktober 1979 hingga 31 Mac 1987), iaitu selama lapan tahun. Dato' Haji ISmail kemudiannya dilantik menjadi Mufti pada 1 April 1987.

    Beliau dilahirkan di Kampung Gong Kemuning, Pasir Puteh pada tahun 1915. Ayah beliau, Haji Yusuff bin Muhamad Diah ialah seorang Bilal di kampung berkenaan. Mendapat pendidikan agama asas di Pondok Haji Muhamad bin Haji Omar (abang kepada Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal) di Kampung Gong Kemudu, sebelum berpindah ke Pondok Kenali dan pengajian halaqah di Masjid Muhamadi di Kota Bharu.

    Selain Tok Kenali, guru-guru beliau termasuklah Haji Asaad Kangkung, Haji Ahmad manan, Haji Ahmad maher, Haji Yaakub Lorong gajah mati, haji Ali Pulau Pisang, Haji Yaakub Legor dan lain-lain. Pada tahun 1937, beliau berangkat ke Mekah, berguru kepada tokoh-tokoh seperti Syeikh ali maliki, Syeikh Mohamad al-Arabi, Syeikh Hassan Massyat, Syeikh Aminal-Kutubi, Syed Alawi, Syeikh Ibrahim al-Fatani, Syeikh Hassan al-Yamani, Syeikh Nuh Jamaludin al-Kelantani, Syeikh Hassan al-Falimbani dan lain-lain.

    Pulang ke Kelantan pada tahun 1947. Dua tahun kemudian (1949) beliau menjadi guru di Jami, Merbau al-Ismaili, Kota Bharu sebelum berkhidmat sebagai pendaftar merangkap Setiausaha kepada Mufti Kelantan, Dato' haji Mohd. Nor Ibrahim pada 1969.   Mulai 15 Oktober 1979, beliau dilantik ke jawatan Timbalam Mufti, Menjadi orang pertama menyandang jawatan berkenaan selepas diwujudkan pada tahun 1979.

    Dato' Haji Ismail aktif di dalam banyak bidang. Beliau termasuk antara tenaga yang mengasaskan penubuhan Maktab Perguruan Islam di Jalan Bayam Kota Bharu ( sekarang maktab Pengajian Islam) serta menulis buku-buku agama, terutama dalam bidang hadith. pada waktu beliau meninggal dunia, terdapat sejumlah 15 buah karya tulisannya yang diterbitkan. Selain  itu beliau pernah menjadi Pengarang Pengasuh pada tahun-tahun 1964-1965.

    Beliau meninggal duniapada petang hari Sabtu, 9 Julai 1988 di rumahnya di Kampung Sireh, Kota Bharu.

 

 

BACK