SEJARAH SEKOLAH

    Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ismail yang dahulunya dikenali dengan nama Sekolah Menengah Semerak, dibuka pada tahun 1965 dengan menumpang di bangunan sekolah Kebangsaan Cherang Ruku. Pada masa ia dibuka, muridnya terdiri daripada dua kelas tingkatan satu. Bilangan pelajarnya 67 orang dan bilangan gurunya seramai 3 orang. pada masa itu, SMS terkenal dengan panggilan Sekolah Aneka Jurusan. Pada tahun 1966, SMS telah mempunyai bangunan sendiri di tapak yang ada sekarang ini iaitu di Gong Kedak. Nama Sekolah Menengah Semerak digunakan sejak tahun 1967.

    Kumpulan murid pertama di SMS yang menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) mulai tahun 1967 hingga tahun 1974. Lulusan SRP terpaksa melanjutkan pelajaran mereka di sekolah-sekolah menegah lain di dalam jajahan Pasir Puteh dan di luar jajahan Pasir Puteh. Kelas tingkatan empat mula dibuka pada tahun 1976. Kumpulan murid ini menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1977.

    SMS terus berkembang, bilangan murid terus bertambah dari setahun ke setahun. Murid yang belajar di SMS datangnya dari sekolah-sekolah saluran iaitu Sekolah Kebangsaan Tok Bali, Dalam Rhu, Cherang Ruku, Sepulau,Gong Manak,Tasek,Bukit Awang dan Sungai Petai. Mulai tahun 1990 Sekolah Menengah Cherang Ruku dibuka. Murid dari SK Cherang Ruku, Tok Bali, Dalam Rhu,Sepulau dan sebahagian SK Gong Manak disalurkan ke sekolah tersebut.

    Pengetua pertama SMS ialah Encik Ahmad bin Bahaman yang mula bertugas dari 01.01.1965 hingga 31.12.1966. Pengetua kedua SMS ialah Che Din binMohamad yang mula bertugas daripada 01.01.1967 hingga 20.06.1969. Beliau diganti oleh Tuan Hj Adnan b Hassan yang bertugas dari 01.01.1969 hingga 31.12.1970. Pengetua keempat ialah Tuan haji Mohamad b. Mahmud yang mula bertugas dari 01.01.1971. Pengetua kelimam ialah   Tuan Haji Mohamad bin Yaakub yang bertugas dari 01.01.1972 hingga 31.12.1979. Pengetua keenam ialah Che Hassan bin Senik. Beliau mula bertugas dari 01.01.1980 hingga 29.02.1982.  Pengetua Ketujuh ialah Tuan haji Ab. manaf bin Mohd Nor yang mula bertugas dari 01.03.1982 hingga 30.04.1987. Pengetua ke lapan ialah Tuan Haji Zulkifli bin Yusof. Beliau mula bertugas dari 01.01.1987 hingga Jun 1992. Pengetua yang ke sembilan ialah Tuan Hj. Mahmud bin Jaafar dan Pengetua yang ke sembilan ialah Tuan Hj. Mahmud bin Jaafar. Pengetua yang ke sepuluh ialah Tuan Haji Mohamed bin Hj. Omar. Pengetua yang kesebelas ialah Tuan Hj. Mohamad b. Deris yang bertugas  dari 16.03.1998  hingga 31.01.1999. Pengetua sekarang ialah Tuan Hj. Wan Mahmood bin Wan Yusof. Pengetua-pengetua inilah yang membangunkan SMS yang kini dikenali  sebagai Sekolah Menengah Dato' Ismail.

    SMS mula ditukarkan namanya kepada Sekolah Menengah Dato' Ismail pada tahun 1992 sempena nama bekas mufti Kelantan yang berasal dari daerah ini. SMDI telah mengorak langkah membuka kelas aliran agama pada tahun 1993. Pada tahun 1995 menyusul pula 3 kelas khas dengan salah satunya daripada aliran agama. Kepercayaan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan terhadap potensi sekolah ini mendorong kepada pertambahan kelas khas kepada kepada 4 kelas pada 1996.

 

 

HOME